Bismillahhirrahmannirrahim.
Just wanna share something that attract me to read it when i surfing the iluvislam.com web. It's really a true fact. Just a human being called women understand it.
Please click this link to read it. =)
Indah Penciptaan Adam Dan Hawa | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Mengapa wanita tidak menangis jika bersedih, tidak bermakna...
Friday, July 15, 2011
one shared thought in
Sharing moment
Kuatkan hatiku Ya Rahman
Thursday, July 14, 2011
Bismillahhirrahmannirrahim.
Sudah lama blog ini tidak dimasukkan entri terbaru. Menandakan diri yang semakin sibuk dengan komitmen lain daripada sebelum ini. Mungkin tidak layak hendak digelar sibuk jika ingin dibandingkan dengan kesibukan umat-umat yang terdahulu yang berjuang tanpa mengira waktu. Jawapannya mudah. Kerana diri ini tersangatlah lemah. Hati tergerak untuk berkongsi sedikit sebanyak hikmah yang diilhamkan daripada masalah-masalah yang mendatang saban hari. MASALAH MEMATANGKAN DIRI. Frasa ini mungkin sudah lama dicanang-canangkan, tetapi erti disebaliknya tidak akan dapat dinikmati sekiranya tidak dihayati.
Sejak menjejakkan kaki ke alam pembelajaran ala-ala universiti ini, pelbagai perkara baru yang dapat dipelajari dan diteladani saban hari. Bermula dari masuknya roh semula kedalam tubuh selepas dimatikan sementara oleh Allah, sehinggalah kembali berehat semula setelah berjuang dalam hari yang panjang. Segalanya bergantung kepada perspektif mana yang dipilih untuk menilai kehidupan. Jika positif pandangannya, positif lah apa yang akan dirasa. Jika sebaliknya, sengsara lah jawabnya.
Persekitaran yang baru, menjanjikan 1001 masalah yang akan dihadapi. Bermula dari bagaimana hendak menyesuaikan diri, sehinggalah bagaimana hendak mengistiqamahkan diri. Hanya Allah yang tahu apa yang dialami dan dirasai. Hanya doa dan harapan kepada Allah yang dapat aku panjatkan. Dalam memberi kekuatan dalaman. Apabila sesuatu masalah mendatang, seringkali diri ini terkulai mengharapkan penyelesaian segera datang dihadapan mata. Seolah-olah hanya mengharapkan keajaiban berlaku. T.T ya Allah.. ampunkan lah hambaMu yang sangat lemah ini..
Ketika merasakan diri ini sudah dapat berdiri kembali, tiba-tiba badai datang menghempas kembali. Apakah ini tanda kasih sayang Mu ya ALLAH.. kehilangan sesuatu yang disayangi, hati mana yang tidak tergugah. Kehilangan sesuatu perkara yang amat dihargai, hati mana yang tidak gelisah. Tetapi, aku cuba memujuk diri, segalanya ada hikmah dan kebaikannya. Cuma diri ini buta menilai dek keterbatasan ilmu di dada.
Semangat baru cuba aku hidupkan di dalam hati. Kenangan lalu, tidak mungkin dapat dilupai. Kepada yang telah pergi, biarlah hanya pergi dari sudut fiziknya, tetapi bukan dari sudut ingatan kepadanya. Sesuatu yang dipendam dan tersembunyi itu, pasti akan lebih bermakna. Ibarat sebutir mutiara di dalam cengkerangnya. Biarlah ia tersimpan kemas dan tidak perlu disentuh-sentuh kembali. Hanya doa dan harapan yang tidak akan pudar akan terus diratib demi mencari dimana hakikat yang sejati.
Ya ALLAH.. mungkinkah Engkau menimpakan segala dugaan ini sebagai persiapan untukku menempuhi bulan BarakahMu yang bakal menjelma..? Semoga Ramadhan yang akan datang ini akan menjanjikan perubahan yang positif ke dalam diri kita semua ke arah mendapat rasa cintaNya yang teragung. Hanya cinta Allah akan menghubungkan cinta sesama makhluk.
Ya Allah..berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban..dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan..terima lah segala amalan kami Ya Rahman..
Aamin ya Rab Al-A'lamin.
one shared thought in
Sharing moment
Subscribe to:
Posts (Atom)