Aku, Buku dan Cinta. This is one of my favourite books in my own library. =) The author is Dr. Aidh Al-Qarni, the writer of 'La Tahzan' bestseller book. Maybe it was just like other books from the outside, but the inside is very different, for me. It had woke me up.
" buku adalah hidupku. buku adalah temanku. buku adalah sahabatku. buku adalah kekasihku. buku adalah kegembiraanku. buku adalah makananku. buku adalah airku. buku adalah perkara yang paling setia yang berada disampingku. bila aku bersedih, buku tidak akan lari memberi peransang dan semangat kembali pada diriku. bila aku menangis, buku mengajarku senyum kembali dan melupakan aku terhadap perkara yang merunsingkan akal fikiranku.
buku tidak akan lari.
tidak akan buat aku kecewa.
tidak akan buat ku bersedih.
Kita, umat islam sebenarnya adalah umat 'membaca'. Kenapa? kerana wahyu pertama yang disampaikan oleh Allah melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A\.W adalah 'iqra' ". Ini jelas membuktikan keutamaan kita mengamalkan sikap suka membaca dalam kehidupan sebagai seorang manusia.
Cuba anda bayangkan jika sekarang anda tidak dapat membaca lembaran ini. Pasti anda tidak akan mendapat satu apapun manfaat dari lembaran ini jika itu berlaku. Dan , tanpa nikmat membaca ini juga tidak mungkin kemajuan dan ilmu yang diwarisi dari Ulama' ulama' dan cendekiawan-cendekiawan zaman lalu akan sampai kepada kita.
amat rugilah orang yang tidak menggunakan nikmat yang diberi ini dengan sebaik-baiknya. amat rugilah orang yang berkata 'aku benci buku!!' 'aku tak suka membaca!'.
apabila anda dikelilingi dengan pelbagai kisah, sejarah masa lampau dan pelbagai ilmu lain didalam dada anda melalui pembacaan yang meluas, pasti hidup anda tidak akan terasa sunyi dan kosong. hidup anda dikelilingi pelbagai coretan minda pendeta ilmu, ulama', cendekiawan ulung, sultan-sultan, dan sebagainya. walaupun zaman mereka telah berlalu, tetapi kita masih boleh merasai kewujudan zaman mereka apabila kita membaca.
Hargailah segala nikmat yang telah diberi Allah kepada kita.
Setiap sesuatu yang dianugerahimya pastikan ada hikmahnya.
Alhamdulillah. Subhanallah. ALLAHUAKBAR! "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment