Get Ready For His Test!

Allah will inevitably test His believing servants according to their level of faith, as it recorded in the authentic Hadits: " The people most severely tested are The Prophets, then the righteous, then the next best and next best. A man will be tested in accordance with the degree of his religious commitment, the stronger his religious commitment, the stronger his test. " Allah, may He be glorified and exalted, knows what has happened in the past and what is yet to come, and He knows how that which will not happen would have happened if it were to happen. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhu Akbar!

Zaman Berubah, Adat sempit masih dipegang..

Wednesday, September 21, 2011


Cuba kita intai di sebalik lipatan-lipatan akhbar sekarang, berita-berita jenayah, kelahiran anak haram, maksiat, gengsterisma dan kebejatan sosial semakin meruncing. Tajuk akhbar "bunuh emak", "bapa ayam" dan "bagai haruan makan anak". Seolah-olah menjadi penyeri media tulisan, menjadi pelaris akhbar dan majalah supaya pembaca berminat membelinya. Sehingga sedikit demi sedikit mengubah mentaliti masyarakat mengatakan, "biasalah, budak zaman sekarang.."

Dan kehancuran akhlak semakin membusuk dalam masyarakat. Bermula dengan cinta monyet yang tak mengenal komitmen dan kematangan. Hanya suka-suka, sebab si dia cantik dan kacak. Lalu perhubungan dimulakan dengan sekeping surat, atau menegur di facebook atau dengan apa jua cara sekalipun. Hari demi hari, istilah 'kawan' bertukar menjadi 'sahabat' akhirnya menjadi 'kekasih'. Demi membuktikan cinta sejatinya, perjumpaan demi perjumpaan diatur. Di kompleks beli belah, KFC, taman-taman rekreasi menjadi pilihan tempat strategik menyuburkan rasa cinta di hati. Kemudian mengambil gambar bersama, mengupload di facebook kononnya menjadi bukti cinta sampai ke syurga. Selamanya.

Maksiat demi maksiat berlaku, hati semakin hitam legam menggelapkan pandangan dan penilaian kita. Ya, ia normal bagi masyarakat kita. Dan mungkin bagi kita jua ia biasa, tiada masalah. Trend masa kini yang harus diamalkan supaya tidak menjadi 'orang kampung'.

Adapun orang yang sedikit terpelajar menggunakan istilah 'tunang' untuk menghalalkan segala yang haram. Berpegangan tangan berpacaran, ke hulu ke hilir berkepit. Tak kurang juga ada yang ibarat suami isteri. Ibu bapa melihat sambil berkata, "tak mengapalah, mereka telah bertunang, nanti kahwin juga".

Oh mentaliti masyarakat yang telah terpesong!

Sedang zaman semakin mencabar dengan arus hedonisma dan budaya sosial semakin meruncing, budaya sempit yang menyusahkan jalan keluar daripada permasalahan itu masih dipegang oleh masyarakat kita. Perkahwinan. Ya, ia bukan satu-satunya jalan untuk mengubati penyakit ini, namun ia menjadi jalan terbaik bagi mereka yang telah tiba waktunya dan merupakan jalan halal untuk memelihara diri dari melakukan maksiat.

Allah telah mengharamkan arak dan menggantikannya dengan air-air lain. Allah mengharamkan riba dan menggantikannnya dengan perniagaan. Dan Allah mengharamkan zina dan menggantikannya dengan perkahwinan. Begitulah tuhan memahami kita.

Namun sebahagian besar masyarakat kita memandang perkahwinan ketika zaman remaja suatu yang hina. Yang tidak patut difikirkan oleh remaja yang sedang belajar. "kau belajar saje lah.. buat ape nak fikir macam-macam". Sedang jiwa remaja itu bergelojak meminta sesuatu yang fitrah. Dan apabila diceritakan kepada ibu bapa tentang hasrat hati ingin menyempurnakan agama dengan berkahwin, ditentang pula oleh mereka sekuat-kuatnya. Dipekikkan dengan kata-kata, "Kau jangan nak mengada-mengada!" Pekaknya terasa telinga, menutup pintu perbincangan dan kepercayaan kepada ibu bapa.

Sedikit demi sedikit anak-anak mendiamkan diri, memilih tempat lain untuk menyuarakan masalah hati. Dan akhirnya semakin jauh dari famili. Aku memahami dan beginilah realiti.

Tradisi masyarakat kita yang menyukarkan berkahwin awal adalah sangat negatif dan membuka jalan-jalan maksiat yang lain. Kalau tidak sampai zina pun, maksiat hati bagaimana? Adakah benar dapat pelihara diri bertahun-tahun lamanya andai ada yang telah berkenan di hati?

Semakin ramai remaja yang menyedari hakikat ini dan mula merancang kehidupan mereka. Mereka adalah lelaki-lelaki yang bertanggungjawab dan ingin memelihara diri daripada segala kekotoran, walau betapa kecil pun kekotoran itu. Mereka adalah perempuan-perempuan suci yang sentiasa menjaga diri, menutup pintu maksiat pada pandang pertama. Lalu semua remaja lelaki dan perempuan ini berusaha dari sudut material, psikologi, jasmani, mentaliti dan rohani untuk bergerak ke arah perkahwinan.

Mereka semakin matang mengenal kehidupan, mengetahui baik dan buruk serta berfikiran panjang. Mereka telah bersedia untuk menjadi suami atau isteri, bersedia dari segala aspek. Namun apabila diluahkan hasrat hati ingin berkahwin, dihalang pula oleh ibu bapa. Sedangkan mereka telah mampu dari segala sudut namun jalan yang baik tidak terbuka bagi mereka. Andai mereka mencari jalan lain selain yang halal, salah siapa?

Kesimpulannya, ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendengar permasalahan anak-anak. Perbincangan sebagai seorang yang dewasa, memberikan peluang untuk mereka bercakap, menyampaikan idea dan pendirian lebih baik dan tenang pada anak-anak. Selain merapatkan perhubungan keluarga, keterbukaan sangat mengikat kasih dan sayang. Sehingga anak-anak sentiasa kembali kepada keluarga kerena mereka memahami. Buat ibu bapa yang membaca tulisan ini, percayalah, zaman telah berubah dan janganlah memegang adat sempit itu lagi. Kata-kata "Kau jangan mengada-mengada!" tidak lagi relevan untuk mendidik anak-anak.

Percayalah.. kerana saya berkata dengan pengalaman sendiri.


***Saya menulis ini bukan mengatakan perkahwinan adalah satu-satunya jalan penyelesaian kebejatan sosial. Sedangkan banyak lagi cara lain dengan memperkasa penghayatan iman di hati, menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat, menjauhkan diri dari terlibat dengan maksiat dan lain-lain. Saya menyedari semua ini, namun percayalah.. manusia apabila telah tiba saatnya untuk berteman, ia takkan dapat digantikan dengan jalan lain kecuali perkahwinan.


************

Video selingan. kepentingan ibu bapa dalam 'memahami' situasi anak-anak.



p/s : this article is taken from http://drhazimazhar.blogspot.com/2011/09/zaman-berubah-adat-sempit-masih.html <----- my cousin blog. :) just wanna share it together.

0 comments:

Post a Comment

t.h.e.t.r.u.e.p.a.t.h.

:: let's spread the words of tauhid! ::

:: Asmaul Husna ::

one of Allah's servant

My photo
i'm proud to be a muslim

Blog Archive

Powered By Blogger
By the will of Allah, this blog is here.. Powered by Blogger.

5 vital things

5 vital things

my.favourites.list

  • Al-Quran Al-Kareem
  • art and design
  • Books
  • Colours
  • Family
  • Friends
  • Hijab
  • IT gadget
  • PC
  • Photography
  • Pictures

Search This Blog

my connection